LATAR BELAKANG

  • Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada 1972 hingga 10 Oktober 1995.
  • Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004, UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mulai i Januari 2005, bahagian ini dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam). Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi pada 1 Januari 2005.
  • Mulai tahun 2019, BPKP sekali lagi dijenamakan semula sebagai Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA. Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam). Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi pada 1 Januari 2005.

FUNGSI

  • Menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) / Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
  • Memantau perimbangan pelajar ke Sains-Sastera bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan dasar bagi kemasukan pelajar asing ke program pengajian ke Universiti Awam (UA).
  • Membangun, melaksana dan merealisasikan pengurusan Kerajaan Elektronik.
  • Mengurus dan menyelaras perkhidmatan kaunseling dan Karnival Pendidikan Tinggi Negara bagi persiapan pelajar untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA).
  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan pentadbiran kewangan di BKPA, JPT termasuk Akaun Amanah.
  • Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan data kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan memantapkan kawal seliaan.

VISI

Merealisasikan Wawasan Negara menjadikan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT sebagai pusat sehenti bersepadu yang cemerlang dalam penyelarasan kemasukan pelajar ke IPTA.

MISI

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT komited untuk melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti berlandaskan dasar kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) secara sistematik, telus dan adil.

OBJEKTIF

Menjadikan organisasi yang berwibawa dalam pengurusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) melalui pelaksanaan dasar dan pengurusan sumber yang menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut :

  • Menerajui perkhidmatan berintegriti dan berkualiti.
  • Menepati undang-undang, dasar, prosedur dan peraturan.
  • Sistematik, telus dan adil dalam semua peringkat pengurusan.
  • Berorientasikan pencapaian objektif.
  • Mesra dan mengutamakan kepuasan pelanggan.